Panasnya Hari Ini

Tak Tolak Kemungkinan Lebih Ramai Pemimpin Pembangkang Akan Didakwa – Wan Azizah

KUALA LUMPUR : Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak kemungkinan bahawa semakin ramai ahli politik Pakatan Harapan akan dihadapkan ke mahkamah menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Beliau berkata demikian susulan pembebasan Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah, beberapa Ahli Parlimen serta ADUN Pakatan Harapan pula telah dipanggil polis berkaitan perhimpunan BERSIH 5.

“Penyalahgunaan SOSMA ke atas Maria serta penggunaan berleluasa Seksyen 124C (cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi Berparlimen) dan 147 (merusuh) Kanun Keseksaan untuk menangkap atau menyiasat begitu ramai ahli politik pembangkang dan aktivis BERSIH 2.0, pra-BERSH 5 adalah taktik pemerintah untuk terus memegang kuasa.

“Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) yang dahulunya berjanji untuk hanya menggunakan SOSMA ke atas pengganas kini jelas telah memungkiri janji mereka “katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 23 ahli politik dan aktivis telah di tahan sekitar perhimpunan BERSIH 5 yang diadakan pada 19 November lalu.

Mengulas mengenai pembebasan Maria, Wan Azizah berkata, beliau yakin pembebasan itu dilakukan berikutan terdapat gesaan dan sokongan padu rakyat yang berhimpun secara aman setiap malam di Dataran Merdeka dan seluruh negara.

“Sehingga ke hari ini, tiada seorang menteri mahupun Ahli Parlimen UMNO-BN yang berani mengeluarkan kenyataan bahawa penahanan Maria di bawah SOSMA adalah wajar dan adil.

“Yang ada cuma ada alasan ‘jangan tanya saya, sila tanya si polan’,”katanya.

Pada masa sama, Wan Azizah berkata, pihaknya bersiap sedia untuk berdepan di Parlimen sekiranya kerajaan BN mengambil keputusan untuk memanjangkan ‘hayat’ SOSMA sehingga Mac hadapan.

“Apa yang berlaku kepada Maria yang bukannya seorang pengganas, sepatutnya tidak berlaku kepada sesiapa pun.

“Keselamatan negara perlu dijamin, tetapi keselamatan rakyat juga perlu dipertahan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");