Membawang Hari Ini

Tawaran Semakin Banyak, Randy Pangalila Lantik Pengurus Malaysia

KUALA LUMPUR: Pelakon Indonesia iaitu Randy Pangalila memberitahu sudah melantik pengurus di Malaysia bagi menguruskan kerjaya seninya di negara ini.

Randy, 26, berkata, dia menggunakan khidmat pengurus sejak Februari lalu selepas tidak dapat menguruskan tawaran yang semakin banyak daripada produksi di negara ini.

“Sebelum ini Elfira Loy yang banyak membantu memaklumkan kepada saya sekiranya ada tawaran atau uji bakat lakonan di Malaysia.

“Alhamdulillah tawaran semakin banyak dan saya tidak mampu menguruskannya jadi dengan melantik pengurus saya harap kerjaya saya lebih teratur dan lancar.

“Selain tawaran berlakon saya ingin mengembangkan karier saya dengan lebih meluas dan pengurus sentiasa mencari peluang-peluang baharu untuk saya,” katanya kepada mStar Online.

Randy ditemui pada majlis tayangan perdana telefilem Oh My English! : Road to Jojga yang diadakan di Pavilion di sini, Rabu.

Selain Randy Pangalila drama dua bahagian itu turut menampilkan Elfira Loy, Jihan Muse, Johan Raja Lawak, Mark Adam, Roax Tan, Mohd. Zhafir Muzani dan Juzztin.

Ia bakal disiarkan pada 3 Disember (bahagian 1) dan 11 Disember (bahagian 2) pada pukul 9 malam di saluran Astro TVIQ, Astro MAYA dan Astro Prima.

Dalam pada itu, Randy berkata, selain berlakon dia akan melancarkan album terbaharunya pada Januari depan sebagai hadiah kepada peminat yang tidak henti-henti menyokongnya.

Katanya, album yang mendapat sentuhannya menerusi lirik dan melodi itu turut dipasarkan di Malaysia.

“Saya ada banyak perkara menarik yang ingin dikongsi dengan peminat pada tahun hadapan termasuk album terbaharu saya.

“Ia ada antara projek terbesar saya buat masa ini selain merancang melancarkan buku,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai Oh My English! : Road to Jogja, Randy berkata, dia tertarik dengan tawaran itu kerana telefilem berkenaan menjalani penggambaran di Jogjakarta, Indonesia.

Katanya, menerusi cara itu dia dapat mempromosikan keindahan negaranya kepada penonton di negara ini terutamanya di kalangan kanak-kanak.

“Ini kali pertama saya bekerjasama dengan produksi Oh My English dan pengalaman itu sangat menyeronokkan kerana ia bukan sekadar drama biasa tetapi ada pendidikan yang diketengahkan.

“Saya juga dapat berkongsi keindahan negara saya kepada penonton sekali gus mempromosikan Indonesia sebagai destinasi pelancongan,” katanya.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");