Isu Panas

Tee Yong: Bukan Mudah Warga Asing Dapat Kewarganegaraan Malaysia

JOHOR BARU: Datuk Chua Tee Yong menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa warga asing mudah untuk mendapatkan taraf kerakyatan dan hak untuk mengundi di negara ini.

“Ekspatriat datang ke Malaysia dan mendapat visa jangka panjang yang tidak memberi mereka hak mengundi, tidak seperti kewarganegaraan,” kata Naib Presiden MCA itu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir baru-baru ini berhubung isu berkenaan.

Chua yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, kerajaan menggalakkan kedatangan ekspatriat mahir dan separuh mahir untuk membantu pertumbuhan negara dan teknikal di negara ini.

“Tetapi dasar-dasar kerajaan tidak bertujuan menarik mereka ke sini dan diberikan taraf kewarganegaraan supaya mereka boleh mengundi Barisan Nasional,” katanya.

Sabtu lalu, pada majlis Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Melaka, Dr Mahathir mendakwa seramai 700,000 warga asing datang ke Malaysia di bawah pemerintahan Kerajaan BN.

Dakwa bekas perdana menteri itu keadaan itu disebabkan oleh pelbagai perkembangan yang berlaku di Iskandar Malaysia.

Dr Mahathir mendakwa mereka akan diberi MyKad untuk mengundi bagi memastikan BN akan menang dalam pilihan raya umum akan datang.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");