Sukan Hari Ini

Terbuka Hong Kong: Cabaran Pemain Malaysia Berakhir

KUALA LUMPUR: Kempen Malaysia pada kejohanan badminton Siri Super Terbuka Hong Kong berakhir apabila kesemua pemain negara tumpas di suku akhir pada aksi di Kowloon, malam Jumaat.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang menjadi harapan negara untuk merangkul kejuaraan dalam acara beregu lelaki di kejohanan berkenaan, tumpas kepada pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Rian Agung Saputro.

Beregu nombor satu dunia itu bangkit di set kedua dengan kemenangan 21-17 selepas tewas 11-21 di set pertama, namun gagal mengekalkan rentak cemerlang tersebut di set penentuan apabila kalah 17-21.

Pasangan beregu lelaki nombor dua negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, bagaimanapun memberi tentangan sengit kepada beregu pilihan keempat kejohanan, Mathias Boe-Carsten Mogensen, sebelum tumpas pada pertemuan itu.

Selepas kalah 14-21 pada set pertama, gandingan Malaysia itu yang merupakan beregu bukan pilihan mengejutkan pasangan Denmark itu dengan kemenangan 21-18 di set kedua, namun tumpas 13-21 di set penentuan dalam perlawanan yang berlangsung selama 55 minit.

Beregu Denmark itu akan berdepan pasangan Mohammad-Rian di separuh akhir esok.

Terdahulu, pemain perseorangan lelaki bebas Chong Wei Feng gagal meneruskan rentak kemenangannya apabila tumpas 17-21, 21-23 kepada pemain India, Sameer Verma.

Walaupun mendahului 12-5 di set kedua, pemenang pingat emas Sukan SEA 2015 di Singapura itu gagal mencatat kemenangan ke atas pemain ranking ke-43 dunia itu.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");