Membawang Hari Ini

Terhutang budi pada Kak Ogy

Kemenangan Ogy Ahmad Daud dan adiknya, Fazlina pada Anugerah Skrin 2016, Jumaat minggu lalu mencuri perhatian ramai. Ia melakar sejarah baru apabila adik-beradik mengungguli kategori pelakon terbaik dalam acara sama.

Kejayaan Ogy buat kali keempat tahun ini membuktikan komitmen dan usaha keras selama ini berbaloi.

Lebih menarik perhatian adalah pencapaian Fazlina yang mendominasi kategori Pelakon Pembantu Terbaik (Drama) menerusi lakonan cemerlangnya dalam Cermin kasih kerana itu kemena­ngan pertamanya sepanjang dua dekad mencanai bakat sebagai anak seni.

Pengiktirafan itu sekali gus menyuntik semangatnya untuk terus berjuang dalam bidang lakonan.

Kata Fazlina, sebelum ini dia hanya berpeluang melihat Ogy menggondol pelbagai trofi berprestij dan memasang impian untuk menurut jejak langkah kakaknya itu melalui hasil kerja kerasnya.

“Selepas 20 tahun menimba ilmu dan belajar berlakon daripada Kak Ogy, saya berjaya menggengam trofi ini.

“Sebagai generasi terakhir Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah yang mewarisi bakat mereka, pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk buat lebih baik selepas ini,” katanya.

Tidak mengetahui namanya dicalonkan dalam kategori itu, Fazlina mengakui terkejut apabila diumumkan pemenang.

Fazlina berkata, trofi itu cukup berharga buat dirinya dan tidak mengetepikan kehebatan empat calon lain.

“Saya tidak tahu nama saya akan dicalonkan dalam kategori ini. Calon lain pun hebat belaka dan mereka kawan saya.

“Terus terang, saya berada dalam bidang ini kerana minat dan bukannya mahu kejar anugerah. Bagaimanapun, syukur tahun ini rezeki saya dan kakak,” katanya riang.

Tambah Fazlina, sebagai adik dia sangat bangga apabila Ogy diumumkan sebagai pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) menerusi Langit Cinta.

“Saya bangga ada kakak sepertinya. Dia sumber inspirasi saya malah dialah mentor yang banyak mendidik dan menjadikan siapa saya pada hari ini.

“Kejayaan saya ini bukan satu perjalanan yang mudah. Bermula sebagai pembancuh air di sebuah syarikat produksi sampailah diberi watak kecil oleh kakak.

“Melihat dan merasai kesungguhan dia mendidik saya menjadi pelakon membuatkan saya terhutang budi kepadanya. Sememangnya menjadi adik kepada Ogy bukan mudah andai mau bergelar pelakon yang berkualiti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fazlina memaklumkan dia sibuk dengan penggambaran drama Lara Cinta Ameena arahan Suhaimi Lua dan kembali memegang watak antagonis.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");