Jenayah

Tiga rangka motosikal ditemui

Jitra: Tiga lagi rangka motosikal curi dan beberapa komponen yang dibuang ke Sungai Gelong berjaya ditemui dalam operasi pencarian khas kedua, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Hadi Hassan berkata, Selasa lalu pasukan Task Force Lejang yang dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra menemui lapan rangka motosikal dan komponen di dasar sungai itu hasil siasatan terhadap seorang lelaki.

Beliau berkata, pada operasi pertama, tali dan cangkuk khas digunakan bagi ‘mengail’ rangka motosikal dan disambung hari ini dengan khidmat empat anggota unit skuba Pasukan Gerakan Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) Batu Uban, Pulau Pinang berikutan paras air dan arus sungai yang meningkat.

“Operasi menyelam lebih sejam itu menemui tiga rangka motosikal yang dibuang ke sungai itu selepas ditunjukkan suspek berusia 36 tahun yang dibawa ke lokasi,” katanya di sini.

Beliau berkata, suspek dipercayai mencuri lapan motosikal di sekitar daerah ini.

“Tempoh reman suspek berakhir esok dan kita akan memohon melanjutkan tiga hari lagi bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");