Panasnya Hari Ini

Tindakan Tun M Bukan Satu Perkara Ganjil – Hishammuddin

KUALA LUMPUR:Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri bersekongkol dengan pembangkang ketika menghadiri mesyuarat hak dan kekebalan Ahli Parlimen di bangunan Parlimen pada Selalu lalu bukannya satu perkara ganjil.

Malah jelasnya ia konsisten dengan sikap bekas Perdana Menteri itu menyerang pemimpin negara dan UMNO.

Memetik sumber Berita Harian, ujarnya masyarakat sedang menilai tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang kerajaan sekarang dengan apa yang dilakukannya ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

“Macam-macam dia buat kepada UMNO, namun kita terus bersatu kerana kekuatan UMNO bukan kepada individu, sebaliknya mencakupi semua semua ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi, cawangan, bahagian, negeri dan Pusat.

“Dia serang Presiden (Datuk Seri Najib Razak) kita pertahankan kerana presiden kita, macam juga kita pertahankan beliau dulu bukan kerana dia Dr Mahathir, tapi kerana presiden parti.

“Dr Mahathir tak boleh kata dia lebih baik daripada presiden sekarang, sebaliknya biar rakyat dan sejarah yang menilai dan menentukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah Ke-2 di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur pada Selasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");