Panasnya Hari Ini

Tindakan Tun M Hanya Memusnahkan Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berterusan menyerang projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) jelas bertujuan memusnahkan ekonomi negara.

Memetik sumber Berita harian, jelasnya tindakan bekas perdana menteri itu menyebarkan penipuan dan dakwaan tidak berasas juga akan melemahkan keyakinan terhadap ekonomi negara serta sabotaj perdagangan luar dan pelaburan Malaysia.

“Anda (Dr Mahathir) hanya membantu memusnahkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kenyataan Dr Mahathir mengenai ECRL juga menunjukkan bekas Perdana Menteri itu tidak faham perincian kerjasama perdagangan dan pelaburan di antara Malaysia dan China.

“Dakwaan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kononnya projek itu adalah yang termahal di dunia juga tidak benar.

“Dalam tulisan (Dr Mahathir) di blognya mengenai kerjasama perdagangan dan pelaburan di antara Malaysia dan China, banyak fakta dan penerangan yang salah, mungkin kerana beliau sendiri tidak faham.

“Beliau mendakwa kononnya pinjaman mudah diberikan China kepada Malaysia untuk projek ECRL akan meningkatkan hutang negara dan projek diberikan kepada syarikat milik China adalah cubaan untuk mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara,” katanya.

Tambahnya lagi, pinjaman mudah bagi tempoh 20 tahun yang diberikan Export-Import Bank of China adalah dengan kadar faedah yang rendah dan dalam urus niaga Ringgit, bukan dalam mata wang Yuan atau dolar Amerika (AS$) seperti didakwa, sekali gus membuktikan hujah Dr Mahathir mengenai risiko pertukaran wang asing itu amat jauh tersasar.

Malah jelasnya lagi, kenyataan Dr Mahathir kini tidak boleh lagi dipandang serius disebabkan agenda politik dan dendam peribadinya, selain membuat pusingan U terhadap pelbagai perkara walaupun bertentangan dengan prinsipnya ketika masih menjadi Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");