Jenayah

Tipu kad Touch n Go

Kuala Lumpur: Beri diskaun 50 peratus dari jumlah tambah nilai dibayar ke dalam kad Touch n Go.

Itu antara tawaran istimewa diberikan sindiket penipuan Touch n Go bagi menarik orang ramai membeli kad palsu berkenaan

Malah, sindiket itu mengaut keuntungan jutaan ringgit apabila kad Touch n Go yang dijual menggunakan tambah nilai tidak sah itu boleh mencecah nilai maksimum hingga RM1,500 bagi setiap kad.

Bagaimanapun kegiatan itu terbongkar apabila pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman melakukan serbuan serentak di empat negeri iaitu Selangor, Melaka, Johor dan Pulau Pinang pada Rabu lalu.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani berkata, pihaknya menerima laporan daripada syarikat Touch n Go memaklumkan mereka mengalami kerugian lebih RM2 juta sejak Febuari lalu dipercayai akibat berlaku penyelewengan berkaitan penggunaan kad berkenaan.

“Hasil maklumat itu, kami menjalankan risikan serta siasatan sebelum menahan 14 suspek berusia 30 hingga 56 tahun termasuk dua lelaki yang juga dalang kegiatan penipuan itu di Pulau Pinang.

“Difahamkan sindiket ini menawarkan potongan harga istimewa iaitu 50 peratus daripada jumlah nilai tambah tidak sah di dalam kad Touch n Go yang dijual,” katanya.

Beliau berkata, suspek menggunakan perisian khas bagi melakukan transaksi tambah nilai hingga mencecah jumlah maksimum RM1,500 bagi setiap keping kad,” katanya di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, di sini, semalam.

Acryl berkata, selain menggunakan kad Touch n Go sedia ada, sindiket itu juga menawarkan kepada pelanggan mereka untuk membeli kad Touch n Go palsu selain memasukkan tambah nilai secara tidak sah ke dalam MyKad.

“Sindiket ini aktif sejak lapan bulan lalu menyebabkan syarikat Touch n Go kerugian RM2.2 juta sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

Katanya, polis turut merampas wang tunai lebih RM13,000, sembilan kenderaan, lima komputer riba, empat mesin Touch n Go, 466 kad Touch n Go, 27 MyKad dan beberapa barangan dipercayai dibeli menggunakan kad palsu berkenaan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");