Perak Hari Ini

Trong Leisure Farm & Resort Tarikan Pelancongan Baharu Perak

TAIPING: Trong Leisure Farm & Resort bakal menjadi satu lagi tarikan pelancongan terbaharu di negeri ini.

Ladang itu menyediakan pelbagai pakej istimewa termasuk peluang mendekati secara dekat hampir 60,000 itik-itik yang jinak dan unik yang dipelihara di situ.

perak-today-10

Trong Leisure Farm & Resort menternak pelbagai  spesis itik di dalam satu kawasan kolam yang dijaga rapi persekitarannya.

Turut disediakan kemudahan kereta itik untuk kegunaan melawat ladang dan penyampaian filem pendek dari pihak profesional pengurusan ladang.

Pengujung juga berkesempatan menangkap gambar bersama itik peliharaan ladang itu dan mengetahui mengenai kepelbagaian spesis itik yang diternak.

perak-today-16

Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah melawat dan merasmikan Trong Leisure Farm & Resort di sini hari ini.

Beliau terdahulu merasmikan program membudayakan perpaduan meraikan kepelbagaian yang merupakan salah satu daripada 92 program yang disusun sempena Program Pemukiman Menteri Besar Perak untuk daerah Bukit Gantang & Taiping.

perak-today-13

Pelbagai aktiviti dijalankan bersempena program tersebut antaranya pertandingan memasak itik, acara menangkap itik dan pemberian sumbangan kotak makanan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) kepada penduduk Trong di sini hari ini.

Zambry juga berkesempatan berehat di salah satu rumah resort yang tersedia di ladang tersebut.

perak-today-9

Turut hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu,Datuk Dr Mah Hang Soon, Pegawai Kewangan Kerajaan negeri, Datuk Mohd Ghazali Jalal, ADUN Trong Datuk Dr Zabri Abdul Wahid dan Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Datuk V Elango.

Ladang ini turut menyediakan aktiviti sampingan  seperti mengayuh bot disekeliling kolam, memberi makan kepada itik dan memacing ikan dengan kadar bayaran berbeza.

Lokasinya di Pt293, Jalan Kuala Trong dibuka kepada umum pada jam 7 pagi hingga 7 malam dengan bayaran masuk bagi dewasa RM5.00 dan kanak-kanak 3 hingga 12 tahun RM2.00.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");