Jenayah

Tukang paip ditahan miliki puluhan cop palsu imigresen

Bukit Mertajam: Seorang tukang paip berusia 34 tahun dicekup bersama puluhan cop imigresen palsu dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina di rumah sewanya di Taman Gemilang Jaya di sini, jam 1.45 pagi kelmarin.

Penahan lelaki itu dibuat selepas suspek cuba membuat laporan palsu di Balai Polis Perai di sini, kononnya dia dibelasah tanpa sebab di pusat hiburan di Perai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azham Nik Ab Hamid berkata, lelaki berkenaan mendakwa dibelasah sekumpulan lelaki di pusat hiburan tanpa sebab ketika datang berkunjung.

Bagaimanapun, katanya, soal siasat terhadap suspek mendapati ia berpunca masalah pasport wanita warga asing yang diuruskannya secara haram.

“Suspek mengaku menjadi ejen memperbaharui pasport serta pas lawatan sosial wanita warga asing menggunakan cop imigresen palsu.

“Lelaki itu mengaku setiap wanita warga asing yang pasport mereka sudah tamat tempoh lawatan akan dikenakan bayaran RM200 untuk dicop keluar atau masuk menggunakan cop palsu,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan warga asing yang berurusan dengan suspek adalah pekerja pusat hiburan atau kelab malam di sekitar negeri itu.

Katanya, sebelum itu, polis menyerbu rumah sewa suspek dan menemui 10 cop imigresen keluar masuk dari beberapa lapangan terbang antarabangsa di Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia.

Beliau berkata, polis juga merampas beberapa peralatan lain digunakan suspek untuk pemalsuan cop imigresen itu selain sejumlah paket dadah.

Menurutnya, suspek direman bermula kelmarin hingga 29 November dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan dokumen kerajaan dan Seksyen 39A(1) serta Seksyen 12(2), Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");