Sukan Hari Ini

Turtles kebal dek peluru ATM

TERENGGANU Turtles tidak menunjukkan rasa cepat berpuas hati malah kian kukuh sebagai pendahulu carta mata tanpa kalah apabila menghampakan ATM Guardians 13-21, 21-18, 21-18 di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Serdang Jaya, semalam.

Dengan tiket separuh akhir Liga Sepak Takraw (STL) 2016 sudah digenggam semalam selepas membenam Melaka Titans, Turtles tetap enggan merelakan rekod itu dicalar sekalipun ditentang Guardians selama 75 minit dalam perlawanan ke-11 mereka.

Namun Zulkifli Razak (tekong), Kamal Alfiza Shafie (perejam) dan Azwan Muhrim (pengumpan) turut bertuah kerana dibantu ketahanan mental Nazmi Najib, Afifuddin Razali dan Norfaizzul Razak yang goyah ketika ATM mendahului set kedua dan penentuan.

Zulkifli atau Sobey kurang menjadi dalam membantu mencari mata mudah hari ini malah servisnya beberapa kali dibatalkan pengadil namun Vitthaya tetap enggan menukarnya dengan tekong kidal, Irsyad Faiz Aziz.

Mengumpul sebanyak 22 mata, skuad bimbingan Vitthaya Boontha ini juga telah meninggalkan cuma tiga slot separuh akhir STL untuk direbut oleh Penang Panthers, Kuala Lumpur Thunder dan Guardians selain cuba diintai Johor Tigris di tempat kelima.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");