Isu Panas

UMNO Kelantan bawa usul kekejaman etnik Rohingya

JELI 27 Nov. – UMNO Kelantan akan membawa usul mengenai isu kekejaman etnik Rohingya di Myanmar pada perhimpunan agung parti itu di Kuala Lumpur yang bermula Khamis ini sehingga 3 Disember depan.

Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, seluruh rakyat di negara ini kesal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan itu selain disifatkan cukup tidak bertanggungjawab.

“Sebagai orang Islam melihat binatang dianiayai pun kita terasa inikan pula penindasan terhadap manusia. Kita tidak boleh terima penindasan seperti ini.

“Isu tersebut akan dibawa dan dibahas pada Perhimpunan Agung UMNO nanti dan saya juga bersetuju sekiranya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada murid cemerlang UPSR di Pondok Moden di sini hari ini.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");