Sukan Hari Ini

Vilmiaire sah kendali Sabah

Kota Kinabalu: Bekas pengendali program pembangunan kelab Liga Singapura, Home United FC, Steve Vilmiaire, 31, dilantik ketua jurulatih Sabah bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim 2017.

Vilmiaire yang memiliki kelayakan lesen ‘A’ Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengakui gembira diberi peluang untuk membimbing skuad utama Sabah.

“Sabah mempunyai sejarah bola sepak yang amat baik dengan melahirkan beberapa jaguh ternama sebelum ini.

“Meskipun akan membimbing pasukan muda dengan purata umur 23 tahun, saya yakin pasukan ini akan dapat dibentuk dengan baik,” katanya ketika ditemui selepas sesi menandatangani kontrak perlantikan di Pejabat Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) di sini, semalam.

Turut sama menandatangani kontrak pelantikan ialah Pengarah Sukan Sabah, Adlane Messelem.

Majlis itu turut disaksikan Setiausaha Eksekutif SAFA Hasbullah Yahya.

Vilmiaire turut yakin pasukan muda Sabah akan lebih kuat untuk masa depan bola sepak negeri itu.

“Kami (bersama Adlane) akan cuba sedaya upaya membawa Sabah kembali ke zaman gemilang seperti mana ditunggu-tunggu peminat negeri ini,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");