Perak Hari Ini

Viral Harga LPG Naik: KPDNKK Ambil Tindakan Tegas

BATU KURAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan berita palsu kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan itu termasuklah mengheret individu berkenaan ke mahkamah supaya dikenakan hukuman yang setimpal.

“Saya telah minta pegawai saya untuk membuat laporan polis supaya dapat memastikan orang macam ini dibawa ke mahkamah untuk mereka faham….lain kali jangan buat perkara yang bukan-bukan (viral palsu),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Veteran UMNO Bahagian Larut di Dewan Datuk Seri Kamaruddin, Batu Kurau di sini, hari ini.

perak-today-4

Jelasnya, sehingga kini, KPDNKK masih belum menerima sebarang laporan mengenai kenaikan harga LPG berkenaan.

Beliau turut meminta agar pengguna yang mempunyai maklumat mengenai kenaikan harga LPG oleh pihak tidak bertanggungjawab supaya melaporkannya kepada KPDNKK.

“Buat masa ini, LPG tak boleh naik harga… Kita ada undang-undang yang mana siapa yang naikkan harga, tolong bagitahu dan buat aduan dengan KPDNKK, kita akan tangkap orang itu,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah sekali lagi turut menegaskan dan menafikan sekeras-kerasnya berkenaan penyebaran berita kenaikan harga LPG tersebut.

“Mana ada harga baru… Kita tak umumkan… Ini tak benar dan kita akan buat laporan polis dan kerjasama dengan mereka bagi mencari orang yang buat viral ini untuk dibawa ke mahkamah kerana mengelirukan fakta,” katanya lagi.

Beliau pada masa yang sama turut memberi amaran kepada pihak terbabit supaya tidak menakut-nakutkan dan merosakkan pemikiran rakyat.

“Mereka akan menyebabkan rakyat berasa seolah-olah kerajaan pada hari ini langsung tidak bertanggungjawab.

“Viral ini juga secara tidak langsung akan menyebabkan perpecahan berlaku di seluruh negara,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");