Membawang Hari Ini

Wan Maimunah terharu ramai melawat

SENIWATI Wan Maimunah Abdul Aziz, 62, melahirkan rasa terharu apabila dikunjungi ramai pihak sejak dimasukkan ke Hospital Jasin Jumaat lalu, akibat masalah paru-paru dijangkiti kuman dan hati bengkak.

Mesra disapa ibu, dia tidak menyangka menerima perhatian sebegitu sejak berita mengenai dirinya ditahan di wad tersebar.

“Ibu rasa sangat gembira sehingga tak dapat menahan air mata apabila terus-menerus menerima lawatan, sehinggakan ada yang tak sempat ibu layan.

“Bukan sahaja saudara mara, tetapi orang luar, peminat, wakil persatuan Seniman, rakan artis dan pemimpin di kawasan ini hadir meluangkan masa bertanya khabar.

“Sepanjang ibu bergelar anak seni, ibu rasa sangat dihargai kerana mereka tak pernah melupakan ibu dan sudi berkongsi kesakitan yang ibu alami hari ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Berkongsi perkembangan kondisi kesihatannya kini, pelakon drama Rumah Di Tengah Sawah itu berkata, tahap kesihatannya semakin positif.

“Alhamdulillah, semuanya semakin baik dan stabil. Ibu mungkin akan dibenarkan pulang hari ini.

“Terima kasih kepada semua yang sudi melawat dan mendoakan kesihatan ibu sejak dimasukkan ke sini,” katanya.

Mengimbas puncanya dimasukkan ke hospital, ujar pelakon air mata ini, dia mengalami sesak nafas selepas pulang melakukan ibadah umrah pada 20 November lalu.

“Ibu sekadar mendapatkan rawatan biasa di Klinik 1Malaysia Sungai Udang, tetapi kerana keadaan yang agak membimbangkan, doktor minta ibu dapatkan rawatan lanjut di Hospital Melaka.

“Hasil rawatan tersebut, barulah ibu tahu paru-paru ibu dijangkiti kuman dan hati bengkak, tetapi ibu dibenarkan pulang ketika itu kerana keadaan tidak serius,” katanya.

Wan Maimunah bagaimanapun dikejarkan ke Hospital Jasin pada Jumaat lalu apabila mengalami sesak nafas di rumah anaknya di Ayer Merbau, Jasin dan ditahan di wad hospital tersebut sehingga semalam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");