Jenayah

Wanita cedera ditikam perompak

MELAKA TENGAH: Seorang wanita cedera ditikam di bahagian perut dalam kejadian rompakan di sebuah rumah di Tiang Dua, Ayer Molek, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, wanita berusia 27 tahun itu yang juga kakitangan kerajaan dicederakan menggunakan senjata tajam ketika cuba melawan perompak berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ramli Din berkata, ketika kejadian mangsa yang menyewa bilik di rumah milik seorang guru itu tinggal bersendirian sebelum menyedari kehadiran penjenayah tersebut.

“Mangsa dikatakan baru beberapa bulan menyewa bilik di rumah yang turut didiami guru tersebut dan ketika kejadian guru wanita itu tiada di rumah.

“Mangsa yang masih trauma cedera dipercayai di bahagian perut selepas ditikam suspek yang dikatakan turut menggunakan penutup muka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek memasuki rumah tersebut melalui salah satu tingkap di sebelah pintu hadapan rumah yang tidak mempunyai jeriji besi.

“Suspek dipercayai berjaya mengumpil tingkap lalu masuk ke dalam rumah sebelum mencederakan mangsa dan melarikan barangan berharga termasuk duit bernilai ratusan ringgit.

“Mangsa yang cedera kemudian meminta bantuan jiran sebelum dia dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil. Nilai kerugian dianggarkan RM2,000,” katanya.

Ramli berkata, polis kini giat mengesan suspek bagi menyelesaikan kes yang akan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan hingga menyebabkan kecederaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");