Isu Panas

Waspada trend anti-politik

KUALA TERENGGANU – Politik Melayu bakal berhadapan musibah sekiranya sikap anti politik dalam kalangan golongan muda yang turut dikatakan sebagai undi penentu semakin berkembang.

Ketua Pemuda Umno Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar berkata, keadaan itu menyebabkan wujud lebih ramai golongan tidak berparti kerana ia mempengaruhi golongan muda menjauhkan diri dengan politik yang boleh merugikan perjuangan orang Melayu khususnya.

Beliau turut memberitahu bahawa angka itu turut diperkukuh dengan statistik daftar pemilih yang memperlihatkan lebih satu juta orang Melayu belum membuat pendaftaran pemilih.

“Jika ‘trend’ ini dibiarkan berlarutan, malapetaka besar buat masa depan politik orang Melayu. Merujuk kepada statistik daftar pemilih sehingga Januari 2016, daripada 4.18 juta rakyat Malaysia yang belum daftar mengundi, 43 peratus atau 1.8 juta adalah Melayu,” katanya.

Mohd Johari yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Terengganu berkata, perkara itu mungkin berlaku kerana segelintirnya berpandangan negatif terhadap politik itu sendiri dengan pendedahan kurang menyenangkan.

“Mungkin pada hemat mereka, politik itu berlegar di sekitar kuasa, kekayaan, pengaruh wang ringgit. Lebih parah, politik itu ditafsirkan sebagai kancah yang mengerikan, liku yang penuh kekotoran, laluan yang sentiasa dicemari fitnah dan episod londeh-melondeh yang tidak berkesudahan,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa peningkatan daftar pemilih berlaku dalam kalangan bukan Melayu khususnya kaum Cina sehinggakan kaum Melayu yang mewakili kira-kira 70 peratus rakyat Malaysia hanyalah diwakili 65 peratus pengundi.

“Ke mana hilangnya 8.9 juta orang Melayu yang sepatutnya mendaftar sebagai pemilih? Saya ambil contoh nyata di Pulau Pinang. Kaum Cina hanya 45 peratus komposisi penduduk. Bagaimanapun apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah kaum Cina adalah 53.38 peratus daripada pengundi berdaftar. Sedangkan jumlah penduduk kaum Cina hanya 45 peratus,” katanya.

Sempena Perhimpunan Agung Umno 2016, beliau turut berharap semua pihak mampu memperkukuh hala tuju perjuangan sayap Pemuda untuk menghadapi cabaran lebih besar menjelang PRU14.

Jelasnya, perhimpunan menjadi ruang kepada ahli-ahli Umno termasuk sayap parti bagi meneliti setiap ucapan bagi mencorakkan hala tuju Umno yang menjadi tunjang kepada kekuatan politik orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");