Sukan Hari Ini

Werner pamer bisa

Berlin: Timo Werner meledak dua gol bagi membantu RB Leipzig membelasah Freiburg 4-1 untuk melakar kemenangan ketujuh berturut-turut sekali gus mengumpul lebih enam mata di persada Bundesliga.

Pemain berusia 20 tahun itu yang menyertai Leipzig dari VfB Stuttgart musim ini, sudah meledak tujuh gol dan Leipzig yang masih belum tewas, menduduki tangga teratas dengan 30 mata selepas 12 perlawanan.

Juara bertahan, Bayern Munich akan melayan kunjungan Bayer Leverkusen hari ini selepas gergasi Bavaria itu tewas dua perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

“Pada hujung perlawanan, perjalanan kami dilihat lebih mudah berbanding jangkaan sebelum ini,” kata jurulatih Leipzig Ralph Hasenhuettl. “Kami seolah-olah bermimpi apabila melihat kepada keputusan perlawanan itu.

“Kami beroleh gol pada awal permainan dan ia memberikan kami keyakinan. Kami turut memantau kedudukan dalam carta tetapi pasukan kami tidak akan berehat selagi perjuangan kami belum selesai. Malah, ia membuatkan kami lebih bekerja keras.”

Kesan kemenangan Leipzig boleh dikesan hingga ke Munich hinggakan presiden baharu Bayern Uli Hoeness menjadikan kejayaan pasukan kerdil itu sebagai contoh ketika berucap di mesyuarat agung tahunan kelab.

“Akhirnya kini kita sudah mempunyai lawan yang boleh dianggap setanding,” kata Hoeness dalam usaha kelabnya untuk menjulang gelaran Bundesliga buat kali kelima berturut-turut.

Penyerang Leipzig Naby Keita meledak gol pembukaan selepas permainan memasuki minit kedua tetapi Freiburg menyamakan kedudukan pada minit ke-15 menerusi tandukan Florian Niederlechner yang menerima hantaran Pascal Stenzel.

Werner mula memainkan peranannya dengan memperdayakan penjaga gol tuan rumah Alexander Schwolow untuk gol kedua pada minit ke-21 sebelum menjaringkan gol ketiga pasukannya 14 minit kemudian.

Marcel Sabitzer menjadikan kedudukan 4-1 pada minit ke-79 hasil rembatan rendah yang gagal diselamatkan Schwolow.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");