Sukan Hari Ini

Wilshere mahu Arsenal kalah

PEMAIN Arsenal yang dipinjamkan ke Bournemouth, Jack Wilshere berharap untuk melihat Arsenal tewas dalam pertemuan dengan Bournemouth di Stadium Emirates malam ini.

Bagaimanapun, akibat dibelenggu kecederaan, Wilshere tidak dapat diturunkan di dalam perlawanan tersebut.

“Saya harap untuk membantu Bournemouth untuk menewaskan Arsenal malam ini. Tetapi ternyata kecederaan menghalang saya dan ini membuatkan saya kecewa.

“Walaupun terpaksa berehat, saya yakin ini bagus untuk saya kerana mungkin saya dapat tampil lebih baik selepas pulih daripada kecederaan nanti.

“Untuk saat ini, saya adalah pemain Bournemouth, jadi saya akan tetap ke Emirates untuk memberi sokongan dan berharap Bournemouth mampu mencatat kemenangan,” ujarnya.

Wilshere yang dipinjamkan Ogos lalu, turut berharap untuk terus bersama Bournemouth dan mengakui semakin serasi dengan kelab itu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");