Sukan Hari Ini

Yin Loo, Cheng Wen semakin mantap

Kuala Lumpur: Gandingan Lim Yin Loo (gambar kiri) dan Yap Cheng Wen semakin serasi apabila mereka berjaya merangkul kejuaraan antarabangsa kedua tahun ini selepas muncul juara Terbuka Scotland menumpaskan rakan senegara Amelia Alicia Anscelly-Teoh Mei Xing, semalam.

Yin Loo-Cheng Wen hanya mengambil masa selama 38 minit untuk mengalahkan Amelia-Mei Xing 21-17, 21-13 sekali gus mengulangi kejayaan mereka pada Cabaran Antarabangsa Indonesia awal bulan lalu.

Menurut Yin Loo, mereka bermula dengan baik pada set pertama apabila jauh meninggalkan lawan untuk mencatat kemenangan.

“Bagaimanapun, aksi di set pertama sedikit terganggu dengan pergerakan yang kaku di gelanggang namun kami berjaya mengawalnya dengan baik. Pasangan lawan pula sudah mengetahui corak permainan kami dan set kedua kami mengutip mata demi mata dengan lebih sabar ketika bermain,” katanya.

Beregu wanita negara itu sebelum ini pernah muncul naib juara di Siri Antarabangsa Vietnam September lalu dan selepas ini mereka akan beraksi di Cabaran Antarabangsa Wales (30 September hingga 3 Disember).

Sementara itu, hasrat perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven untuk melakar kejutan tidak kesampaian apabila tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark, Anders Antonsen.

Joo Ven yang diletakkan sebagai pilihan ke-15 kejohanan terpaksa akur dengan kehebatan pemain lawan apabila kalah 20-22, 14-21.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");