Sukan Hari Ini

Zahasmi kendali The Red Warriors

Kota Bharu: Bekas jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail kembali dilantik sebagai jurulatih pasukan itu untuk saingan liga musim hadapan.

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Afandi Hamzah dalam satu sidang media yang diadakan di pejabat KAFA di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemilihan Zahasmi dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutif sebulat suara setuju untuk melantik bekas pengendali kelab bola sepak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF FC) itu.

Katanya, rekod Zahasmi yang baik ketika melatih pasukan itu pada 2015 juga menjadi faktor pemilihan jurulatih itu

“Selepas beberapa siri perbincangan diadakan bersama jawatankuasa, kita tawarkan kontrak selama setahun kepada Zahasmi dan beliau bersetuju dengan syarat yang ditawarkan oleh KAFA.

“Faktor utama pemilihan itu kerana beliau sudah mempunyai sejarah melatih pasukan Kelantan selain dia mempunyai pengalaman dan kepakaran yang mendalam dalam bidang bola sepak,” katanya.

Jawatan jurulatih pasukan Kelantan kosong selepas pengendali pasukan sebelum ini, Velizar Popov membuat keputusan meletak jawatan dan tidak menyambung kontraknya musim depan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");