Membawang Hari Ini

Zara Zya rancang buka kafe

MESKIPUN sibuk dengan kerjaya seninya, pelakon kecil molek, Zara Zya tetap mencuri masa untuk mengembangkan perniagaannya.

Tidak hanya tampil dengan produk penjagaan diri dan tudung, pelakon yang terkenal dengan drama Tuan Anas Mikail ini, dalam perancangan untuk membuka sebuah kafe berkonsep kemelayuan pada tahun hadapan.

“Di kala rakan-rakan lain sibuk dengan perancangan untuk mendirikan rumah tangga, saya sibuk merancang apa lagi yang mahu dilakukan untuk menjamin kehidupan pada masa akan datang (ketawa).

“Apatah lagi, saya seorang yang kurang bijak merancang perbelanjaan, jadi saya tahu saya perlu buat sesuatu untuk masa hadapan.

“Atas faktor itu, saya mahu mengembangkan lagi perniagaan dengan membuka kafe,” katanya kepada Media Hiburan.

Selain perniagaan, Zara berkata, dia juga baharu sahaja dilantik menjadi duta sebuah produk minuman tenaga, Beautyshot Plus Energy

“Selepas pengambilan produk berkenaan selama beberapa bulan, saya mula berasa lebih bertenaga.

“Tapi bukan itu sahaja, kulit saya juga menjadi lebih cantik. Atas faktor itu saya bersetuju menjadi duta produk tersebut,” katanya yang turut merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan tudung secara atas talian.

Dalam perkembangan lain, Zara berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Jatuh Cinta Buta bersama pelakon Redza Rosli untuk terbitan Astro.

“Saya kini sibuk dengan penggambaran telefilem berjudul Trauma bersama JS Pictures, yang turut menampilkan Janna Nick, Saharul Ridzwan, Dayana Roza dan Raja Afiq,” ujarnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");