Sukan Hari Ini

Zuhal kuasai hari ke-9 Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor

KUALA LUMPUR: Pasukan Zuhal yang diketuai Mahsyuri Rahmat mempamerkan prestasi yang positif selepas sembilan hari kejohanan Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor berlangsung.

Semalam, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu menduduki tangga pertama perlumbaan kelima kelas Premier Cruising yang menuju ke Langkawi.

Tempat kedua diraih pasukan Starlight dari Singapura manakala juara bertahan, Antipodes (Great Britain) yang diketuai Geoff Hill berada di tangga ketiga.

“Kami berharap dapat muncul juara di sini,” kata Masyuri kepada BH Sukan.

“Buat masa ini, prestasi kami mantap dan semakin baik. “Masyuri yang tidak asing dalam sukan pelayaran negara dengan menyertai Liga Layar Malaysia mahupun Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR), buat kali pertamanya di sini mengemudi pasukan yang turut disertai krew dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat.

“Ini kali pertama saya mengetuai tiga perkhidmatan. Setakat ini, pasukan positif dan kami akan cuba membuktikan yang gabungan ini boleh menjadi yang terbaik.

“Baki pusingan perlumbaan ketika ini memasuki perairan Langkawi dan kemuncaknya dijadual berlangsung Ahad ini,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");