Sukan Hari Ini

Zulfadli selesa solo?

PEMAIN badminton profesional negara, Zulfadli Zulkifli memilih untuk terus bergerak sendiri dalam mengembangkan karier badmintonnya.

Bagi pemain berusia 23 tahun ini, tawaran daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengemudi perjalanan kariernya tiada dalam peranca-ngan, selain menyifatkan pasukan soko-ngan yang ada kini sudah memadai untuk dirinya.

“Bagi saya, sekarang ini saya tak nak fikir lagi tawaran BAM kerana apa yang ada sekarang sudah cukup untuk saya.

“Saya sudah ada pasukan sokongan lengkap untuk mengembangkan bakat saya dan kini Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi sokongan 200 peratus kepada saya untuk lebih maju ke hadapan.

“Jadi saya hanya fokus dengan apa yang saya ada sekarang. Apa yang penting, saya akan beri lebih perhatian kepada latihan dan bersedia untuk menghadapi kejohanan yang lebih besar di masa akan datang,” ujarnya.

Menjawab dakwaan hanya cenderung menyertai kejohanan kecil, bagi Zulfadli apa juga kejohanan yang disertai sangat penting untuk meningkatkan keyakinannya.

“Mungkin ada peminat yang mengatakan kejohanan yang saya sertai seperti Grand Prix hanyalah kejohanan kecil, tetapi bagi saya ia sudah cukup besar.

“Dalam kejohanan seperti inilah yang dapat meningkatkan keyakinan, selain memberi motivasi kepada bakat muda badminton Malaysia.

“Selain itu, kejohanan ini juga dapat membantu kami untuk memperbaharui ranking. Jadi, bagi saya kejohanan kecil atau besar tetap penting jika mahu terus maju di masa akan datang,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");