Sukan Hari Ini

Zulhamizan tekad balas kepercayaan Kuantan FA

KUANTAN: Pengendali Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria sedia membalas kepercayaan pengurusan pasukan itu selepas kontraknya bersama The Seagulls disambung lagi untuk musim depan.

Dia yang juga bekas pemain kebangsaan dan skuad Tok Gajah berazam memperbaiki pencapaian pasukannya itu dalam saingan Liga Perdana musim depan.

“Kepercayaan diterima daripada mereka (pihak pengurusan) sangat saya hargai… sudah pasti ia memberikan semangat kepada saya dan pemain yang akan tampil beraksi pada musim depan.

“Memandangkan ini adalah musim ketiga saya bersama Kuantan FA… saya harap pihak pengurusan juga dapat bersama saya membentuk pasukan lebih mantap dan mendapatkan khidmat pemain berkualiti kerana saingan musim depan dilihat lebih mencabar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zulhamizan berkata, Kuantan FA yang menamatkan saingan musim ini pada kedudukan kelapan Liga Perdana perlu menggandakan usaha untuk memperbaiki kedudukan musim depan.

“Secara keseluruhannya kita berjaya memperbaiki kedudukan dalam Liga Perdana… tahun lalu kita berada di tangga ke-10 dan musim ini kita perbaiki kedudukan di tangga kelapan yang melayakkan kita beraksi dalam saingan Piala Malaysia.

“Saya percaya, masih ada ruang yang kita boleh perbaiki untuk musim depan dan berharap barisan pemain sedia ada dan bakal menyertai Kuantan FA boleh menampilkan aksi bertenaga serta konsisten,” katanya.

Zulhamizan bagaimanapun tidak mendedahkan perancangan untuk mendapatkan pemain import baharu atau mengekalkan barisan pemain sekarang dan menyerahkan keputusan itu sepenuhnya kepada pengurusan Kuantan FA.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");