Membawang Hari Ini

Zulin nekad kuruskan badan

KUALA LUMPUR: Artis serba boleh, Zulin Aziz, nekad melangsingkan tubuh dengan mengamalkan gaya hidup sihat kerana jelak sering ditawarkan watak komedi yang mempersendakan tubuh gempalnya.

Selain pemakanan sihat, Zulin atau nama penuhnya, Farah Azleenda Abd Aziz, turut menjalani rutin senaman setiap hari apabila mengalami kesukaran untuk menggayakan baju dan pakaian yang digemari.

“Saya nekad mengamalkan gaya hidup sihat untuk menurunkan berat badan kerana sudah lama menyimpan impian untuk menggayakan pelbagai fesyen disukai. Sudah 27 tahun saya bertubuh gempal, jadi kepuasan menurunkan berat badan secara sihat ini adalah satu pencapaian yang membanggakan.

“Dulu, berat saya pernah juga susut sehingga 60 kilogram (kg) kerana mengambil ubat kurus. Tetapi, sedikit demi sedikit berat badan saya naik semula sehingga mencecah 75 kg.

“Saya sering mendapat watak yang sama, yang mempersendakan bentuk tubuh, jadi sudah tiba masanya untuk keluar dari zon selesa itu,” katanya.

Zulin yang cukup dikenali dengan lakonan komedi berkata, beliau cukup gembira apabila dapat menurunkan 10 kg dalam tempoh sebulan.

“Alhamdulillah, saya berjaya menurunkan 10 kg dalam tempoh sebulan, biarpun perlu menjalani rutin yang ketat. Inilah kali pertama saya bersungguh-sungguh mahu bersukan kerana sebelum ini bersenam bukan pun minat saya,” katanya kepada BH Online.

Mengulas mengenai tugasnya sebagai penyampai radio, Zulin semakin selesa menghiburkan pendengar stesen radio Suria FM untuk segmen bersama Halim Othman.

“Saya sudah memahami rentak menjayakan segmen pagi dengan memastikan diri tidak terlajak tidur. Sekiranya saya perlu bersengkang mata, saya memilih untuk tidak tidur sepanjang malam sehingga selesai menjalankan tugas di konti.

“Biarpun banyak tawaran yang perlu ditolak kerana komitmen sebagai penyampai radio, namun tanggungjawab ini bukanlah bebanan, sebaliknya saya perlu bijak membahagikan masa untuk cabang seni lain,” kata Zulin.

Dalam perkembangan lain, Zulin bakal mempromosikan filem sulung lakonannya berjudul Bopeng yang turut menampilkan Johan As’ari selaku teraju utama.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");