Jenayah

12 nelayan Vietnam ditahan

PASIR PUTEH: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan sebuah bot bersama 12 nelayan asing termasuk seorang tekong yang menangkap ikan dekat perairan Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.

Semua nelayan warga Vietnam itu ditahan kira-kira jam 9 pagi semalam selepas dikesan melakukan kesalahan berkenaan oleh kapal TLDM yang melakukan rondaan di sekitar perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Wilayah Timur.

Pengarah APMM Kelantan, Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata nelayan Vietnam itu ditahan ketika sedang menangkap hasil laut pada jarak kira-kira 120 batu nautika Timur Laut Pulau Perhentian.

“Mereka berusia 19 hingga 44 tahun kemudian diserahkan oleh TLDM kepada APMM untuk tindakan lanjut. Pemeriksaan mendapati semua nelayan itu tiada dokumen dan pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nurul Hizam berkata, kumpulan nelayan Vietnam itu melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");