Jenayah

13 individu dikesan terpengaruh dengan militan

PEKAN – Seramai 13 individu yang berasal dari negeri ini dikesan terpengaruh dengan gerakan militan Daesh setakat ini, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani.

Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai lima individu dari Jerantut, tiga dari Kuantan, dua dari Maran dan seorang masing-masing dari Pekan, Temerloh serta Raub.

“Polis Pahang memandang serius hal ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap ancaman militan Daesh yang menular di negeri ini. Militan Daesh merupakan isu semasa yang perlu ditangani bagi mengekang penyebarannya dalam kalangan masyarakat termasuk polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kontinjen Pahang dan melancarkan pengoperasian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan yang baharu di sini, hari ini.

Sementara itu, Sharifuddin turut mengingatkan pegawai dan anggota polis di negeri ini supaya jangan sesekali terlibat dalam gerakan militan itu kerana ia boleh menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain membawa banyak kemudaratan terhadap diri sendiri.

“Para pegawai penyelia hendaklah sentiasa memantau aktiviti dan kualiti kerja orang bawahan mereka. Teguran perlu dibuat jika berlaku kesalahan dan jika

ia berulang, tindakan tatatertib yang lebih serius perlu diambil bagi memastikan PDRM sentiasa unggul sebagai agensi penguatkuasa utama negara,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kesemua pegawai dan anggota polis perlu sentiasa siap sedia untuk memberikan khidmat kepada masyarakat dalam menghadapi bencana banjir di Pahang pada musim tengkujuh ini.

“Kita telah melakukan persiapan dari segi anggota dan peralatan sejak awal lagi manakala cuti pegawai dan anggota juga telah dibekukan hingga Januari depan

meskipun kelonggaran tetap diberikan kepada mereka yang ada kecemasan. Namun, kita akan segera memanggil mereka bertugas jika terjadinya banjir,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");