Jenayah

13 maut kemalangan bas di Johor

JOHOR BAHRU – Seramai 13 mangsa disahkan maut dalam satu kemalangan melinbatkan sebuah bas ekspress di Pagoh, di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Timbalan Pengarah dan Ketua Zon 4 (Muar), Johar Tumin berkata bas berkenaan yang membawa 30 penumpang termasuk seorang pemandu dilaporkan terbabas ke dalam curam.

“Melibatkan sebuah bas ekspress telah terbabas ke dalam curam sedalam 20 kaki.

“Jumlah mangsa yang disahkan meninggal oleh hospital ialah 13 orang termasuk pemandu dan seorang kanak-kanak.

“Manakala 17 mangsa yang lain cedera,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya jam 7.10 pagi ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");