Perak Hari Ini

16 Agensi Terima Sijil Pematuhan SAGA

IPOH: Sebanyak 16 agensi kerajaan di seluruh negara telah dianugerah Sijil Pematuhan Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA).

Penganugerahan tersebut telah disampaikan oleh Akauntan Negara Malaysia, Datuk Che Pee Samsudin dalam satu majlis yang diadakan di sini, malam tadi.

Hadir sama pada majlis tersebut, Pengarah Bahagian Khidmat Perunding Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mendahului senarai penerima yang mana ia merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di negara ini yang menerima Sijil Pematuhan SAGA.

Turut dianugerahkan sijil berkenaan termasuklah Lembaga Tabung Haji, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ); Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM); Lembaga Lada Malaysia (MPB), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKTN).

Selain itu, Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA); Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP); Universiti Teknologi MARA (UiTM), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Che Pee berkata, semua agensi yang menerima sijil berkenaan telah memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha untuk memastikan sistem perakaunan dan kewangan masing-masing memenuhi semua kriteria pematuhan SAGA.

“Dengan pengiktirafan ini, sistem perakaunan dan kewangan agensi adalah lebih cekap, mantap dan mempunyai ciri keselamatan sistem yang terbaik dalam menguruskan hal-hal perakaunan dan kewangan di agensi masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Rihatun ketika ditemui berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 30 agensi memperolehi Sijil Pematuhan SAGA tersebut setiap tahun sehingga tahun 2020.

“Terdapat lebih 400 agensi di negara ini yang telah menjadi pelanggan kita dan setakat kini, sebanyak 120 agensi yang telah sedia serta disasarkan untuk menerima sijil sehingga tahun 2020.

“Semua agensi ini perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan antaranya penyata akaun dapat dikeluarkan secara automatik daripada sistem, mematuhi keselamatan dan beberapa kriteria lain,” katanya.

Terdahulu, pada majlis yang sama, turut berlangsung majlis pelancaran Consultancy Management System (COMS).

Portal COMS telah mula diperkenalkan kepada umum pada 29 Januari 2016 dan majlis pelancaran kali ini bertujuan untuk menguar-uarkannya kepada kementerian, jabatan, Badan Berkanun dan pihak lain yang ingin berkomunikasi dengan Jabatan Akauntan Negara Malaysia secara atas talian.

COMS boleh dicapai melalui http://coms.anm.gov.my/comsv1/index.php.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");