Sukan Hari Ini

‘2016 tahun bermakna’

Kuala Lumpur: Kita berjaya. Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Al Amin Abdul Majid menyifatkan 2016 tahun bermakna buat mereka terutama selepas tiga wakil mara ke final Sukan Olimpik Rio 2016.

Menurutnya, tiga pelawanan akhir itu menerusi Datuk Lee Chong Wei (perseorangan lelaki), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran) dianggap kejayaan tidak diduga.

“Tiga perlawanan akhir dan tiga perak Olimpik adalah kejayaan buat kami. Ia termasuk dua wakil berjaya menduduki ranking nombor satu dunia melalui Chong Wei dan V Shem-Wee Kiong,” katanya.

Jelasnya, bukan saja di peringkat senior, pemain remaja juga membuktikan kehebatan apabila muncul naib juara Piala Suhadinata bagi acara berpasukan Kejohanan Remaja Dunia di Bilbao, Sepanyol.

“Muncul naib juara di belakang China menunjukkan kita juga mempunyai pemain pelapis yang boleh diketengahkan pada masa akan datang. Tahun lalu kita mempunyai juara remaja dunia melalui Goh Jin Wei dan tahun ini dua wakil bermain di separuh akhir acara individu,” kata Al Amin.

Jin Wei tidak berjaya mempertahankan kejuaraan diraih tahun lalu namun dua wakil Lee Zii Jia (perseorangan lelaki) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran) meraih gangsa selepas mara sehingga ke separuh akhir.

Dalam pada itu, Al Amin juga memuji beberapa pemain yang berjaya muncul juara kejohanan bertaraf Siri Antarabangsa dan Cabaran Antarabangsa seperti Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (Terbuka Portugal, Terbuka Romania, Terbuka Vietnam) Lee Ying Ying (Terbuka Romania), Jin Wei (Terbuka New Orleans).

R Satheishtharan (Siri Antarabangsa Singapura), Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani (Siri Antarabangsa Singapura, Terbuka Switzerland), Soniia Cheah Su Ya (Terbuka Belgium, Siri Antarabangsa India), Choi Kah Ming-Low Juan Shen (Siri Antarabangsa Indonesia, Siri Antarabangsa Malaysia), Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen (Siri Antarabangsa Indonesia).

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (Siri Antarabangsa Malaysia), Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (Siri Antarabangsa Malaysia) dan Goh Yea Ching-Lim Chiew Sien (Siri Antarabangsa India).

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");