Perak Hari Ini

377 Perajurit Muda TUDM Siri 55/2016 Tamat Latihan

IPOH: Seramai 377 Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 55/2016 hari ini telah diraikan dalam Majlis Perbarisan Tamat Latihan yang diadakan di Padang Kawad Institut Latihan Tentera Udara (ITU) Ipoh, di sini.

perak-today-9

Perajurit Muda berkenaan terdiri daripada 345 pelatih lelaki dan 32 pelatih wanita yang telah memulakan latihan pada 1 Julai sehingga 30 Disember 2016.

Pada majlis tersebut, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Roslan Saad turut melakukan pemeriksaan perbarisan terhadap kesemua Perajurit Muda yang telah berjaya menamatkan latihan asas PJM selama 24 minggu yang dibahagikan kepada tiga fasa.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan majlis tamat latihan untuk rekrut-rekrut (pelatih) bagi setiap enam bulan yang mana ianya amat penting kerana mereka akan menjadi kesinambungan masa hadapan TUDM.

“Setiap tahun kita akan mengambil lebih kurang 400 anggota dan pada siri ke 55 kali ini kita dapati terdapat 377 termasuk 32 wanita yang telah pun tamatkan latihan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis berkenaan di sini, hari ini.

perak-today-8

Terdahulu, beliau turut menyampaikan tiga anugerah iaitu Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan, Perajurit Muda Akademik Terbaik dan Perajurit Muda Penembak Terbaik.

Perajurit Muda Udara, Mohamad Hazipi Zolkipli, 23, telah dipilih sebagai Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan dan menerima Piala Pusingan Panglima Tentera Udara.

Manakala Perajurit Muda Udara Meor Ahmad Fariz Tupandi, 24, (Perajurit Muda Akademik Terbaik) telah menerima Piala Pusingan Panglima Pendidikan Udara dan Perajurit Muda Udara, Noor Subhie Noor Indra, 22, dipilih sebagai Perajurit Muda Penembak Terbaik.

perak-today-5

Ujar Roslan, kesemua pelatih berkenaan akan diserap dalam pelbagai kepakaran di TUDM termasuk kejuruteraan, material, pentadbiran dan penerbangan.

“Mereka kemudiannya akan menjalani kursus asas masing-masing yang mana mungkin akan mengambil masa, ada yang enam atau sembilan bulan. Tapi bagi kejuruteraan akan terus pergi ke Alor Setar untuk membuat latihan dalam bidang teknikal yang lebih mendalam,” katanya lagi.

perak-today-6

Dalam pada itu, beliau berkata, TUDM juga mementingkan daripada segi teknologi, pelajaran serta kepakaran dalam pengambil pelatih baharu.

“Kita akan mengambil kategori mereka yang berkelayakan, mempunyai kepakaran daripada segi pelajaran untuk diserapkan dalam bidang teknikal, air traffic (lalu lintas udara) dan bidang material yang memerlukan kemahiran tinggi yang mana mereka akan dilatih dengan acara lebih teknikal,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");