Jenayah

4 suspek rompak bersenjata dicekup

Baling : Polis menahan empat lelaki dipercayai terbabit dalam kes jenayah dan rompakan bersenjata di sekitar Daerah Baling dan Pengkalan Hulu, Perak, semalam.

Dalam kejadian Selasa lalu, buruh warga Bangladesh yang bekerja di Syarikat Foward Resources And Consultant Sdn Bhd di Jalan Baling – Pengkalan Hulu menjadi mangsa samun bersenjata yang dilakukan suspek kira-kira jam 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, selepas mendapat laporan kejadian itu sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen Kedah dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Baling melakukan rondaan dan pemeriksaan di beberapa lokasi.

Beliau berkata, dalam aduan warga Bangladesh itu mereka disamun oleh suspek bersenjatakan parang dan turut dicederakan selain telefon bimbit, duit, pasport dan walkie-talkie dilarikan.

Katanya, hasil risikan dan pemeriksaan polis menahan empat lelaki berkenaan dalam tempoh 48 jam.

Menurutnya, empat lelaki berusia 16 sehingga 19 tahun itu ditahan di kediaman sekitar daerah Pengkalan Hulu, 9.30 malam semalam.

“Dua suspek yang ditahan itu juga positif dadah jenis syabu.

“Keempat-empat mereka ditahan reman empat hari untuk siasatan,” katanya ketika ditemui selepas Program Komuniti Kepolisian dan Penyampaian Surat Penghargaan kepada Ahli Skim Rondaan Sukarela Baling ‘A’ ,di Taman Sepakat, malam tadi.

Turut Hadir, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Baling/Sik, Arisyawati Alaudin dan Pengerusi SRS Baling ‘A’ , Ahmad Tajuddin Abdullah.

Shariffuddin berkata, susulan tangkapan empat lelaki itu polis turut merampas satu set kabel dalam tanah di rumah kedai kosong di Taman Sentosa, Pengkalan Hulu.

Beliau berkata, polis turut menjumpai tiga unit walkie-talkie dan lima unit telefon bimbit di tepi surau Kampung Baru, Pengkalan Hulu.

“Hasil soal siasat semua suspek mengaku terbabit melakukan kes itu dan tidak ada pendedahan kes jenayah lain.

“Polis juga sedang mengesan seorang lagi rakan suspek dikenali sebagai Jevan berusia 24 tahun dan alamat terakhir Taman Damai, Pengkalan Hulu,Perak,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");