Jenayah

470 PATI warga Filipina dihantar pulang

SANDAKAN: Seramai 470 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang ke Zamboanga di selatan negara jiran itu dengan menaiki feri dari Pelabuhan Sandakan, petang semalam.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Datuk Rodzi Md Saad, berkata daripada jumlah itu, 433 adalah lelaki, 32 wanita dan lima kanak-kanak, semuanya berusia antara setahun hingga 62 tahun.

“Mereka adalah 230 PATI dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu manakala 240 orang lagi dari PTS Tawau.

“Penghantaran pulang PATI yang dilakukan secara serius dan berterusan oleh MKN Sabah menunjukkan kesungguhan kerajaan membanteras PATI di negeri ini,” katanya di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, Rodzi meminta semua pihak khususnya majikan mengelak daripada menggaji atau melindungi PATI.

“Sebaliknya, orang awam diminta menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan menyampaikan maklumat mengenai kehadiran PATI,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");