Jenayah

6 sekeluarga hilang tempat tinggal

PASIR PUTEH: Enam sekeluarga di Kampung Padang Tok Syed, Jalan Gong Kedak dekat sini, hilang tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran kira-kira jam 3.25 pagi semalam.

Ketua Balai Bomba Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmy Mustofar berkata, pihaknya yang menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 3.40 pagi bergegas ke lokasi.

Katanya, ketika bomba tiba di lokasi dengan kekuatan lapan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Abd Hadi Hassan, hampir keseluruhan rumah itu terbakar.

“Keluarga tidak berada di rumah ketika kebakaran berlaku kerana dikatakan ke Kuala Lumpur lima hari lalu.

“Kebakaran itu disedari jiran yang terdengar letusan seperti bunyi mercun, jiran membuka pintu untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut melihat rumah itu sedang terbakar,” katanya.

Menurutnya, bomba berjaya menyelamatkan harta benda bernilai RM15,000 milik mangsa dari musnah terbakar termasuk kereta jenis Proton Saga, motosikal dan dua mesin basuh.

Pemilik rumah berkenaan, Ali Deraman, 63, bersama lima lagi ahli keluarga dimaklumkan mengenai kejadian itu semalam ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kelantan.

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba Joharudin Hashim dari cawangan penyiasatan kebakaran zon 2 Kelantan berkata, mangsa mengalami kerugian lebih RM120,000.

Katanya, siasatan awal mendapati kebakaran rumah yang dibina pada 1940 berpunca daripada litar pintas.

“Rumah itu dibaik pulih pada 2003 yang mana pendawaian elektriknya sudah lebih 30 tahun,” katanya sambil memberitahu bomba segera membuka Pusat Sehenti Pasca Insiden bagi membantu mangsa.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");