Perak Hari Ini

9 Pasangan Naik Pelamin Serentak

PARIT BUNTAR : Seramai sembilan pasangan memorikan kenangan manis mereka apabila dinikahkan dan bersanding beramai-ramai secara serentak dalam Majlis Nikah Jama’ie Peringkat Daerah Kerian 2016 yang diadakan di sini.

Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Parlimen Parit Buntar itu turut mendapat kerjasama syarikat perunding perkahwinan, Razzwan Qaseh, Kedai Kobis Bunga Bakery dan syarikat Haji Sani Catering.

Kesemua pasangan dinikahkan di Masjid Ubudiah, Taman Seri Tenggara di sini, dalam majlis yang bermula jam 8.30 pagi.

Selesai acara akad nikah yang disempurnakan oleh sembilan pegawai Pendaftar Pernikahan, Perceraian dan Rujuk Daerah Kerian, pasangan pengantin kemudiannya diarak ke Dewan Kerian Permai untuk majlis persandingan dengan diiringi paluan kompang dan bunga manggar.

Pegawai Tadbir Agama Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), Parlimen Parit Buntar, Khairul Nizam Mat Nor berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan pasangan mempelai.

“Pasangan yang diraikan ini dipilih daripada pendapatan RM3,000 ke bawah dan hanya perlu membayar sebanyak RM2,000 bagi urusan walimatulurus.

“Selain penyediaan majlis berkenaan, mereka turut mendapat sokongan Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Datuk Abu Bakar Md Ali yang turut menyalurkan sumbangan bagi menjayakan majlis ini,”katanya ketika ditemui.

Turut mendapat maklumbalas positif daripada penduduk setempat, Khairul Nizam berkata, pihaknya juga akan menganjurkan program yang sama pada 23 Disember 2017.

Bagaimanapun, lokasi dan jumlah pasangan masih masih dalam peringkat perbincangan,katanya.

“Pihak kami berbangga usaha murni ini mendapat sambutan positif penduduk daerah Kerian sehingga ada yang menyatakan minat untuk menyertainya tahun hadapan.

“Insya Allah, dengan sokongan lebih banyak penaja, kita tidak menolak kemungkinan akan menambah jumlah penyertaan bagi memastikan lebih ramai menerima manfaat,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");