Jenayah

AADK serbu Flat Paya Nahu, tahan 10 penagih

SUNGAI PETANI: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda melancarkan operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan kejiranan Flat Paya Nahu susulan kes penemuan mayat kanak-kanak lelaki yang dibunuh kejam sebelum ini.

Mayat yang dibalut menggunakan selimut itu dipercayai disembunyikan hampir dua minggu.

Pengarah AADK Negeri, Mohammad Nazer Mustafa berkata, operasi bersepadu itu merupakan tugasan rutin yang dijalankan AADK Daerah Kuala Muda khususnya bagi membantu penduduk di kawasan Flat Paya Nahu susulan daripada kes bunuh yang berlaku di blok A14 baru-baru ini.

Menurutnya, dalam operasi itu, seramai lima individu telah ditahan di blok A19 dan A4.

“Dalam pada itu, serbuan turut dijalankan di lokasi lain. Sebuah rumah di Taman Bandar Baharu, Sungai Lalang turut diserbu dan ibu individu itu tidak memberi kerjasama serta mengatakan anaknya telah lari melalui pintu belakang.

“Apabila pegawai penyiasat meminta kebenaran masuk ke rumah untuk melakukan pemeriksaan, dipercayai individu yang dicari berada di dalam sebuah bilik yang berkunci. Ibunya diminta membuka pintu tersebut dan mendapati suspek sedang tidur di dalam bilik tersebut,” katanya kepada pihak media dalam kenyataannya, di sini.

Mohammad Nazer berkata, tangkapan seterusnya dijalankan di sebuah rumah di Taman Dahlia Indah terhadap dua beradik yang dipercayai terlibat dengan dadah.

“Seterusnya, dua lagi ditahan di di Kampung Belakang Masjid Bakar Arang dan Bandar Laguna Merbok.

“Kesemua 10 lelaki yang ditahan di bawa ke Pejabat AADK Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

“Hasil saringan air kencing juga mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine dan opiat,” katanya.

Katanya, kesemua mereka disabitkan kesalahan di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

Berikutan serbuan kali ini, Mohammad Nazer mengharapkan kerjasama ibu bapa yang mempunyai anak yang terlibat dengan penagihan dadah agar memberi ruang seluasnya kepada AADK membantu mereka yang terlibat dengan mengikuti program pemulihan yang disediakan.

“AADK juga memohon agar masyarakat sekeliling yang menyedari dan mempunyai maklumat tentang aktiviti tidak sihat ini dapat tampil ke hadapan bagi membantu pihak AADK memerangi dadah habis-habisan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");