Sukan Hari Ini

Acong idam skuad utama

Melaka: Bekas pemain PKNS FC Khairu Azrin Khazali (gambar) atau lebih dikenali dengan nama Acong bertekad meraih tempat dalam kesebelasan utama Melaka United bagi saingan Liga Super 2017.

Dia yang berhijrah ke Melaka selepas lapan musim menabur bakti bersama PKNS menganggap peluang bersama skuad Hang Tuah sebagai kesempatan terbaik buatnya meraih pengalaman berbeza bersama pasukan dan rakan baharu.

Menurutnya, bermain di bawah kendalian jurulatih Eric Williams juga membolehkannya meraih pengalaman dalam usaha meningkatkan tahap permainannya.

“Bukan tugas mudah untuk meraih tempat dalam kesebelasan utama kerana kami kini dibarisi ramai pemain hebat. Apapun, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan menjadi antara pemain utama.

“Suasana di padang setiap kali perlawanan juga pasti berbeza kerana penyokong Melaka pasti lebih ramai berbanding PKNS. Sokongan padu mereka pasti membakar semangat saya untuk beraksi lebih baik,” katanya.

Menurutnya, dia gembira diberi peluang menyarung jersi Melaka yang memiliki reputasi tinggi menjulang kejayaan memberangsangkan pada saingan musim depan.

Katanya, dia juga dapat merasakan komitmen tinggi diberikan rakan sepasukannya dan yakin mereka mampu membentuk gandingan mantap.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");