Membawang Hari Ini

Ada nak ‘tackle’ Indah

Kuala Lumpur: Penyanyi Indah Ruhaila mengakui semakin hampir menjelang perkahwinannya, semakin banyak dugaan yang terpaksa dihadapinya.

Menurut Indah, 29, antaranya ialah ada yang ‘mencuba’ nasib untuk mencuri hatinya dan juga tunangnya yang dikenali sebagai R.

“Kami sudah bertunang sejak tiga tahun lalu dan tentunya sepanjang tempoh itu, banyak dugaan yang terpaksa kami tempoh.

“Ada yang nak cuba masuk ‘line’, alhamdulillah Tuhan sentiasa menguatkan hati kami,” katanya kepada Harian Metro.

Indah sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya pada Mac tahun depan, namun belum ada tarikh ditetapkan.

“Insya-Allah, tahun depan saya akan melangkah ke alam perkahwinan, tetapi buat masa ini tarikhnya belum ditetapkan. Saya sendiri sudah meletakkan had umur dan pada usia 30 tahun, saya mahu berkahwin,” katanya.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Percayalah ini, dia tidak menafikan mula merasakan keinginan untuk berumah tangga, namun kekangan masa sentiasa menjadi penghalang buat dia dan tunangnya yang berusia 33 tahun itu.

“Tentunya perasaan untuk bergelar isteri itu sudah dapat saya rasakan, namun kami sentiasa sibuk. Nak berjumpa dengan perancang perkahwinan pun, kami terpaksa cari masa yang sesuai,”katanya yang sudah mula melakukan persiapan perkahwinan sedikit demi sedikit.

Indah mengikat tali pertunangan pada 2013 dan pada awalnya dia merancang untuk bertunang selama enam bulan sebelum berkahwin.

Bagaimanapun, ia terpaksa ditunda untuk memberi laluan kepadanya bagi mengejar cita-cita sebagai penyanyi apabila menyertai program realiti Akademi Fantasia pada tahun yang sama.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");