Sukan Hari Ini

Afiq idam ulang penyudah berbisa

Shah Alam: Bekas penyerang Selangor Afiq Azmi (gambar) tampil dengan tekad baharu apabila memasang impian muncul penjaring tempatan terbaik seperti musim lalu.

Afiq, 27, yang pernah mencipta sensasi bersama Red Giants dengan beberapa kali melakar hatrik muncul penjaring terbanyak pasukan dengan 21 gol ingin mengulangi sentuhan berbisanya sebaik saingan Liga Super 2017 membuka gelanggang 20 Januari depan.

Katanya, memori indah ketika membantu Merah Kuning menjulang Piala Malaysia musim lalu membuatkan dia tekad untuk kembali menyarung jersi pasukan itu.

“Saya berterima kasih kepada FAS (Persatuan Bolasepak Selangor) apabila sudi memanggil saya semula untuk musim depan.

“Beraksi dengan Selangor saya memang cukup istimewa. Lebih-lebih lagi musim lalu saya antara anggota skuad yang menjayakan ‘Misi ‘33’ apabila memenangi Piala Malaysia.

“Dengan kembalinya ke pangkuan pasukan, saya sudah menetapkan misi peribadi mahu menjaringkan seberapa banyak gol,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan semalam.

Memiliki fizikal yang tegap membolehkan pemain berasal dari Perlis itu berkemampuan menjaringkan gol menerusi tandukan yang dianggap senjata terbaik Afiq.

Mengulas mengenai kemelut dalaman FAS ketika ini, Afiq menegaskan isu yang menghantui badan induk itu tidak mengganggu fokusnya tehadap pasukan.

“Saya ada dengar isu membabitkan pihak pengurusan sebelum bersetuju menandatangani kontrak untuk semusim. Bagi saya, tumpuan hanya untuk persiapan pasukan dan mengenai isu berkenaan biarlah pihak atasan selesaikan,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");