Isu Panas

Ahli UMNO kini lebih 3.5 juta

KUALA LUMPUR: UMNO mencatatkan jumlah keahlian seramai 3,573,719 orang, di 21,653 cawangan di seluruh negara hingga 30 November 2016.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata seramai 2,643 perwakilan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang akan berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Selain itu katanya, seramai 109 delegasi dari 23 parti politik di 19 negara turut menghadiri perasmian perhimpunan agung berkenaan yang akan dirasmikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, majlis perasmian itu juga dihadiri 78 perwakilan Kelab UMNO Luar Negara dan 35 perwakilan universiti tempatan.

Majlis turut bertafakur selama seminit bagi memberi laluan kepada semua perwakilan menyedekahkan al-Fatihah kepada dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu iaitu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad (Kuala Kangsar) dan Datuk Noriah Kasnon (Sungai Besar).

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");