Jenayah

Ajal ditarik masuk mesin pengisar

Shah Alam: Seorang pekerja warga asing maut dikisar selepas tersepit di dalam mesin pengisar kotak di sebuah kilang di Seksyen 33 di sini, semalam.

Kemalangan jam 1.20 tengah hari itu mengakibatkan sebahagian tubuh lelaki warga Nepal berusia 25 tahun hancur.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati mangsa bertugas menghancurkan kotak pada mesin berkenaan.

“Bagaimanapun, lelaki itu dikatakan menggunakan kakinya untuk menolak kotak berkenaan menyebabkan kasut dipakai ditarik masuk ke dalam mesin itu.

“Akibatnya bahagian kaki hingga pinggang mangsa hancur.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kehilangan banyak darah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, sepasukan pegawai dan anggota bersama dua ambulans dikerah dalam operasi berkenaan.

“Operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa hampir sejam sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");