Sukan Hari Ini

Aksi Mkhitaryan meletup!

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho memuji persembahan cemerlang Henrikh Mkhitaryan ketika aksi suku akhir Piala Liga Inggeris menentang West Ham, awal pagi semalam.

Mkhitaryan muncul watak utama membantu United membelasah The Hammers 4-1 apabila menjadi arkitek kepada gol pembukaan Zlatan Ibrahimovich pada minit kedua dan gol kedua Anthony Martial m-48.

Bukan itu sahaja, pemain antarabangsa Armenia itu turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Aksi di Old Trafford turut menyaksikan kembalinya Bastian Schweinsteiger untuk pertama kali musim ini dan dimasukkan sebagai pemain gantian pada lewat masa permainan.

“Saya sangat gembira dengan persembahan Mkhitaryan. Inilah alasan mengapa kami membelinya dari Dortmund.

“Kami hanya menunggu masa untuk dia beradaptasi dengan permainan bola sepak Inggeris, dan lihatlah sekarang dia sudah serasi,” ujar Mourinho.

The Red Devils bakal bertemu Hull City di separuh akhir, manakala satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Liverpool bertemu Southampton.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");