Membawang Hari Ini

Akur Tukar Lirik, Aiman Tino Janji Kejutan Di AJL31

PETALING JAYA: Penyanyi Aiman Tino memberitahu tumpuannya untuk memberi persembahan terbaik di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) pada 22 Januari depan tidak terjejas sekalipun terpaksa menukar lirik atas permintaan produksi anugerah tersebut.

Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohd Aiman Yusri, 18, berkata, perkara tersebut dianggap sebagai cabaran, selain melihat ianya sebagai elemen kejutan buat peminat-peminatnya untuk mengetahui lirik yang bakal diganti nanti.

“Sejak viral tentang lirik lagu Ku Rela Di Benci yang dikatakan membawa unsur negatif tentang kematian, produksi AJL31 mohon ianya ditukar dan pihak saya telah menemui lirik sesuai untuk menggantikan bahagian lirik yang dikatakan tersebut.

“Apapun itu bukan alasan yang akan menjejaskan tumpuan saya memberikan persembahan terbaik pada malam tersebut sebaliknya menjadi satu elemen kejutan buat peminat yang terus berteka-teki apakah lirik yang akan diganti.

Aiman Tino ditemui pada sidang media mengumumkan pengacara dan angka giliran artis membuat persembahan di malam AJL31 bertempat di Bently Music, Damansara, di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, katanya peminat dan netizen seharusnya lebih berfikiran terbuka mengenai lirik lagu tersebut kerana agama Islam sendiri menyuruh umatnya sentiasa mengingati mati.

“Rasanya kalau diamati banyak lagi lirik yang membawa mesej kematian yang dibawa artis sebelum ini, tetapi yang pelik kenapa tiba giliran saya ianya menjadi isu.

“Apapun saya cuba melihatnya dari sudut positif di mana mungkin ini antara petanda lagu Ku Rela Di Benci menjadi perhatian ramai sehingga soal lirik pun diberi perhatian,” ujarnya sambil tersenyum.

Di satu sisi, anak saudara kepada Linda kumpulan dangdut EVA itu turut menyifatkan single keduanya berjudul Permata Cinta yang masih mengaitkan lirik berunsur kematian hanyalah sekadar kebetulan.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");