Membawang Hari Ini

Album pertama sebagai penyanyi solo

Jika sebelum ini, nama Syed Shamim meniti di bibir ramai berikutan lagu duet besama pasangannya, Tasha Manshahar, kini jejaka ini mula selesa bergerak secara solo.

Penyanyi berusia 23 tahun itu berkongsi muzik berentak 90-an yang bakal menjadi taruhannya tahun depan.

“Banyak agenda yang pihak pengurusan dan saya rancangkan sepanjang tahun depan. Antaranyanya mencuba nasib dengan mengetengahkan lagu berentak 90-an,” katanya.

Menurutnya yang mesra membahasakan diri sebagai Ed, lagu bergenre pop sebegitu kembali menarik minat ramai penggemar muzik tempatan.

“Saya generasi yang membesar dengan lagu pop 90-an. Tak dinafikan kalau saya keluar berkaraoke bersama rakan, lagu sebegini akan jadi pilihan.

“Lagipun, kita dapat lihat muzik pop 90-an kembali menjadi siulan dan taruhan ramai penyanyi termasuk Projector Band dan Aiman Tino,” kata Ed.

Selain itu, Ed kini hadir dengan album pertama sebagai penyanyi solo berjudul Melodi yang memuatkan lima lagu baru dan satu lagu bonus, Ragu Ragu versi akustik.

“Berbeza dengan album terdahulu, Melodi menggunakan khidmat komposer sepenuhnya.

“Mereka ialah DJ Fuzz, Aiman, Too Hyper Act, Omar K dan Ezra Kong,” katanya.

Menurut Ed, itu adalah salah satu proses pembelajaran buatnya apabila berpeluang menyanyikan lagu ciptaan komposer hebat.

“Lain orang, lain tekniknya. Secara tak langsung, saya dapat belajar dengan mereka yang lebih berpengalaman,” kata Ed lagi.

Ditanya mengenai kesukaran dan cabaran dalam penghasilan album itu, Ed mengakui ada beberapa kekangan namun dapat diselesaikan selepas melalui beberapa perbincangan.

“Jika lagu ciptaan sendiri lebih mudah untuk saya menjiwainya. Memang agak sukar apabila saya nyanyikan lagu ciptaan orang lain. Selepas berbincang akhirnya saya berjaya menyanyikannya dengan baik.

“Cabaran lain adalah kali ini lagu yang dimuatkan dalam Melodi kebanyakannya balada. Sedangkan sebelum ini saya lebih dikenali dengan lagu rancak dan ‘catchy’. Bagaimanapun, saya dapat menyesuaikan diri dan orang ramai boleh melihat sisi matang saya sebagai penyanyi,” kata Ed yang berharap buah tangan terbarunya itu diterima ramai.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");