Sukan Hari Ini

Allardyce Anggap ‘Detik Hitam’ Ketika Tinggalkan England

SAM Allardyce secara rasminya telah dilantik sebagai pengurus Crystal Palace yang baharu dengan kontrak selama dua tahun setengah.

Allardyce mengambil alih tugas di Selhurst Park selepas Alan Pardew dipecat gara-gara keputusan buruk musim ini.

Pengurus berusia 62 tahun itu kembali bertugas setelah hampir tiga bulan meninggalkan pasukan kebangsaan England selepas 67 hari sahaja memegang jawatan itu.

Malah Allardyce mengakui kehilangan tugas dalam pasukan England adalah saat yang paling buruk sepanjang kariernya sebagai pengurus.

Menurut Allardyce, dia selalu mengimpikan untuk menjadi pengurus pasukan England, namun semuanya musnah selepas didakwa melakukan tindakan yang memalukan Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) apabila terlibat dengan skandal pemindahan pemain.

Allardyce meletak jawatan dengan persetujuan bersama FA pada 27 September lalu.

“Empat minggu pertama selepas terpaksa meninggalkan skuad England merupakan detik-detik hitam dalam karier saya dan ianya juga mengganggu emosi.

“Saya berbincang perkara ini bersama isteri dan keluarga saya, kami semua terpaksa berdepan dengan emosi anak-anak serta cucu saya ketika mereka berada di sekolah.

“Namun, masa berlalu dan mampu mengharungi saat sukar itu serta melupakannya.

“Bagi saya, untuk lupakan detik itu adalah dengan menerima tugas ini,” jelasnya kepada Sky Sports.

Bekas pengurus Bolton, Blackburn, Newcastle dan West Ham ini bakal memulakan latihan pada Sabtu menjelang perlawanan pertamanya di Watford pada Isnin.

The Eagles kini hanya kelebihan satu mata untuk berada tangga ke-17, di atas zon penyingkiran selepas mencatat satu kemenangan dalam sebelas perlawanan liga musim ini.

Tugas di Crystal Palace ini tidak terlalu sukar berbanding ketika Allardyce mula mengambil alih tugas di Sunderland yang berada di tangga ke-19 ketika itu sebelum berjaya menyelamatkan mereka keluar daripada zon penyingkiran musim lalu.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");