Isu Panas

Amanah: Jangan layan mahasiswa macam budak-budak

SHAH ALAM – Pemuda Amanah Nasional mendesak pihak universiti membatalkan keputusan panel tatatertib ke atas empat mahasiswa itu.

Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan berkata, ia sangat penting bagi memulihkan semula reputasi Universiti Malaysia (UM) yang dikenali sebagai ‘kilang’ yang berjaya mengeluarkan pemimpin pelapis yang berkualiti.

“Kami melahirkan rasa dukacita terhadap keputusan panel tatatertib UM yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap empat orang pemimpin mahasiswa universiti tersebut.

“Empat pelajar tersebut iaitu Anis Syafiqah, Mohamad Luqman Nul Haqim, Muhammad Luqman Hakim dan Suhail Wan Azahar didapati bersalah kerana didakwa “bertindak dengan cara menjejaskan dan memudaratkan kepentingan dan reputasi baik UM”,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, hukuman yang dijatuhkan itu membuktikan kepimpinan universiti cuba untuk menyekat suara kelompok mahasiswa yang peduli akan perkembangan negara.

Mereka seolah dikongkong seperti budak-budak dan budaya itu sebenarnya akan menghancurkan masa depan negara serta merugikan aset pelapis itu sendiri.

“Pentadbir universiti tidak sewajarnya menganggap anak-anak muda yang berani ini satu liabiliti yang menjejaskan dan memudaratkan kepentingan serta reputasi baik universiti.

“Mereka sepatutnya bangga kerana telah melahirkan permata besar kepada negara iaitu anak-anak didik yang berani, berketokohan dan berkepemimpinan. Mindset seperti ini akan membawa Malaysia ke lembah kegagalan apabila perkara yang baik dianggap buruk, perkara yang buruk dirai dan dibiarkan begitu sahaja,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");