Isu Panas

Amanah lebih gah daripada MCA, MIC

SHAH ALAM: Setelah lebih setahun penubuhan, Parti Amanah Negara (Amanah) kini boleh diibaratkan, ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ dengan parti utama yang lain.

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir berkata, selepas dilancarkan secara rasmi pada 16 September 2015, boleh dikatakan Amanah kini lebih gah daripada MCA dan MIC.

“Saya boleh katakan berdasarkan pengalaman apa yang ada pada Amanah adalah sangat unik, kami tidak ada nama besar tiada bekas Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, kami hanya ada sekumpulan orang politik yang punya pengalaman, iaitu profesional dan ulama.

“Jadi saya percaya kita (Amanah) lebih kuat daripada parti dalam BN, saya boleh katakan kita jauh lebih besar dan kuat daripada MCA, atau MIC,” katanya kepada Sinar Harian dalam wawancara eksklusif bersamanya di Ibu Pejabat Amanah, di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kekuatan Amanah kini, Anuar berkata walaupun boleh dikatakan Amanah baru setahun jagung penubuhannya namun parti itu berjaya mewujudkan 400 cawangan iaitu dari Perlis hingga ke Sabah.

“Walaupun ahli parti kita masih di bawah angka 100,000 namun kita ada struktur parti yang kukuh,” katanya,

Parti Amanah akan mengadakan Konvensyen pertamanya pada 10 dan 11 Disember ini di, Shah Alam Convention Centre (SACC) , Shah Alam.

Parti ini didaftarkan sebagai Malaysia Workers’ Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");