Panasnya Hari Ini

AMANAH Masih Bayangkan Kerjasama Dengan PAS

KUALA LUMPUR:Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa parti itu masih
membayangkan akan bekerjasama dengan PAS, selain komited bersama gabungan DAP dan PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Memetik sumber Berita harian,ia berikutan kerana pendirian PAS yang masih belum memuktamadkan sebarang keputusan berhubung pendirian untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti politik.

Beliau turut mengakui, pakatan pembangkang turut berharap menjalinkan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU-14, sekali gus mengukuhkan kedudukan Pakatan Harapan.

“Kita masih berharap PAS menyatakan pendiriannya sama ada akan bersama PKR, DAP dan PAN dengan menganggotai Pakatan Harapan atau sebaliknya, selain ada menetapkan had masa untuk PAS berbuat demikian.

“Ini kerana, sikap berkecuali PAS dilihat hanya akan menguntungkan Barisan Nasional (BN), selain keputusan PAS akan menentukan kedudukannya sebagai kawan atau lawan terhadap Pakatan Harapan,” katanya pada Khamis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");